Saturday, October 5, 2013

...Kebaikan dan Keburukan Media Sosial...


Bila sebut sahaja facebook, twitter, friendster,  dan my space siapa yang x tahu. Bukan hanya di kalangan remaja malahan orang dewasa pun gemar menggunakan laman sosial tersebut. Bukannya apa tak nak dikatakan kita ketinggalan zaman.

Haruslah ikut perkembangan dunia teknologi. Memang x salah tapi setiap apa yang baik pasti ada keburukannya. Kat sini kawan nak terangkan keburukan dan kebaikan laman sosial untuk renungan semua.


Kebaikan:

1. Sebagai alat perhubungan. Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2. Sebagai alat pemasaran produk. Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.

3. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu keagamaan


Keburukan:


1. Penipuan dan Pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.


2. Membazir masa.Laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.     

No comments:

Post a Comment