Tuesday, October 15, 2013

...Kepentingan Elektrik...

8/10/13 --- 9/10/13
UKM BLACK OUT


Huh?  Black Out ?

Punca Black Out ↓↓↓

' Gangguan bekalan elektrik ini disebabkan oleh kabel elektrik 11kV ke Masjid UKM dari pencawang di Kolej Dato' Onn telah terputus. '



(sumber dari : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=421233291309785&id=126148234151627)

Aiyaa..
Tak de elektrik supply..
Susahnye nak belajar..
Kelas terpaksa dibatalkan
Semua aktiviti terpaksa ditundakan


So, betapa pentingnye ELEKTRIK?



Tenaga elektrik adalah satu keperluan penting dalam kehidupan.  Setiap hari kita menggunakan peralatan – peralatan elektrik.  Dalam dunia yang serba maju ini, kita semakin bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian.  Kepentingan tenaga elektrik dan kegunaanya adalah terlalu banyak untuk dinyatakan.
Penggunaan peralatan- peralatan elektrik juga dapat meningkatkan taraf kehidupan kita di samping menambah kesejahteraan dan keselesaan hidup.


            Tenaga Elektrik penting untuk kegunaan domestik, kebanyakan peralatan elektrik dan elektronik seperti lampu,komputer, peti sejuk, penyaman udara dan lain-lain menggunakan tenaga elektrik.

            Tenaga Elektrik juga penting untuk kegunaan industri, tenaga elektrik digunakan untuk menjalankan mesin bagi aktiviti pengeluaran.

Untuk memastikan bahawa keperluan tanaga elektrik adalah sentiasa mencukupi dan berterusan serta pada harga yang munasabah, kita perlu menggunakan tenaga elektrik dengan cekap, bijak, dan proaktif.

            Di harapkan kita semua prihatin dan sedar akan peranan dan tanggungjawab bersama untuk menjimatkan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan di samping membantu dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.



No comments:

Post a Comment