Wednesday, December 18, 2013

...Amali Makmal 2...

18.12.2013

Hari ini ialah hari terakhir kuliah EPPD1063 set4.
Pada hari ini, kami telah menjalankan Amali Makmal 2 iaitu ujian terhadap Microsoft Access.

Pada pukul 8 pagi, kami mendapat soalan dan mula menjawabnya. Pada awalnya, saya asyik tak dapat copy dan paste soalan dalam database saya. Saya sudah cuba banyak kali tetapi keputusannya sama. Saya berasa sedih dan takut saya tidak dapat menyiapkan Amali Makmal 2 saya kerana saya belum melengkapkan semua table saya sedangkan 45 minit sudah lepas.

Nasib baik, Sir telah mengajar saya dan menyelesaikan masalah ini semasa saya menandatangan kehadiran saya. Saya amat bersyukur atas bantuan Sir yang diberikan pada ketika itu. Oleh itu, saya baru melengkapkan semua table dan membuat soalan yang seterusnya.

Dalam bahagian Switchboard Manager, saya telah berulang sebanyak tiga kali. Hal ini kerana pada kali pertama dan kedua switchboard saya tidak dapat berfungsi selepas saya membuat design terhadap switchboard tersebut. Memandangkan masa tinggal sedikit sahaja, saya terpaksa membuat switchboard kali ketiga dan tidak membuat sebarang design terhadapnya. Jadi,switchboard saya kurang cantik =(

Walaubagaimanapun, saya telah dapat menyiapkan Amali Makmal 2 pada hari ini =)

No comments:

Post a Comment