Bersyukur punya dampak besar bagi kehidupan manusia...
Hal ini sering
diajarkan oleh banyak orang,
namun mungkin banyak juga yang
melupakannya...
Terlebih ketika didera oleh beratnya tekanan dalam hidup,
mengucap syukur sering lalai dilakukan...
Sekalipun untuk hal-hal kecil, yang mungkin dianggap remeh atau sudah biasa dinikmati,
BERSYUKURLAH
Sebab itu akan berpengaruh besar dalam kehidupan kita...
Saya bersyukur kerana
saya mempunyai keluarga yang bahagia
Bapa dan ibu sangat menyayangi saya
Saya juga berhubungan baik dengan adik-beradik saya
Meraka sentiasa memberi sokongan kepada saya
Mereka adalah orang yang tidak pernah meninggalkan saya
Saya bersyukur kerana
saya dapat minum, makan, hidup dengan baik
saya tidak perlu risau untuk mencari makanan
saya tidak menghadapi masalah kebuluran
Saya bersyukur kerana
saya berpeluang menerima pendidikan dan melanjutkan pelajaran saya di peringkat universiti
saya tidak menjadi buta huruf
saya berpeluang untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa hadapan
dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang diajar
Saya bersyukur terhadap sesiapa yang telah menghadirkan diri dalam kehidupan saya
Kehidupan saya menjadi lebih bermakna dan bahagia kerana korang !!
Terima Kasih =)
No comments:
Post a Comment