Wednesday, December 18, 2013

...[S4]...

Selepas minggu MMP, setiap pelajar baru mula mendaftar kursus pada minggu kedua.
EPPD 1063 Aplikasi Komputer merupakan salah satu kursus yang perlu diambil dalam semester pertama oleh pelajar Pentadbiran Perniagaan. Saya telah memilih 
EPPD1063 set4. Hal ini kerana masa set ini tidak clash dengan masa kursus yang lain. Kuliah EPPD1063 set4 diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 8 pagi ssehingga pukul 11 pagi selama 3 jam.

Pada kuliah yang pertama, setiap pelajar telah menghadiri di bilik seminar. Pada pukul 8 pagi, pensyarah kami iaitu Enick Azzwan telah masuk ke dalam bilik seminar dan duduk di meja belakang. Pada masa itu, kami tidak sedar bahawa dia adalah pensyarah kami. Kami masih menunggu kedatangan pensyarah kami. Tiba-tiba, Sir mula bercakap dan masa itu kami baru sedar bahawa dia adalah pensyarah kami.

Gaya berucap dan gaya mengajar Sir memang berbeza dengan pensyarah kursus lain saya. Dengan ini, saya berasa hubungan pelajar dengan pensyarah set4 tidak menjadi begitu jauh malah menjadi lebih erat. Pelajar-pelajar sentiasa ketawa semasa kuliah. Suasana semasa EPPD 1063 set4 adalah meriah dan gembira. Tetapi, set4 juga merupakan kursus yang memang mula dan tamat tepat pada masa. Oleh itu, kami tidak boleh sampai makmal lewat kerana ini akan menyebabkan sesiapa yang lewat akan tidak dapat mengguna PC yang berfungsi baik. Setiap kali pintu makmal buka, setiap pelajar berebut-rebut masuk ke dalam makmal untuk mendapatkan PC yang berfungsi.

Dalam set4 ini, saya juga mengenali ramai kawan yang berlainan kaum dan berasal dari negeri yang berbeza. Hubungan kami lebih erat apabila kami menjalankan tugasan bersama-sama.

Selain itu, perkara yang paling penting ialah saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang bagaimana menggunakan microsoft office terutamanya Work, Excel, Power Point dan Access!! Sebelum ini, saya tidak tahu betapa gunanya software-software ini. Sekarang saya berupaya memaksimunkan fungsi software tersebut dalam menyelesaikan assignment saya. Pada masa yang sama, saya juga mendapat banyak pengalaman baru seperti menulis blog, merakam video dan sebagainya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Azzwan atas tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Sir juga sentiasa membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa membuat tugasan. Saya juga meminta maaf atas kesilapan saya sepanjang kursus EPPD1063 set4 yang dijalankan dalam 14 minggu ini.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada rakan-rakan sekelas =)

Saya tidak menyesal dengan pilihan saya untuk masuk EPPD1063 set4 !!

No comments:

Post a Comment