Wednesday, December 11, 2013

...Malam Kebudayaan Tiong Hua KPZ...




Malam Kebudayaan Tiong Hua telah diadakan oleh Kelab Kebudayaan Tiong Hua Kolej Pendeta Za'ba pada 10/12/13 daripada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.
Tema program tersebut adalah "Winter".

Saya telah menyertai program ini. Saya bertanggungjawab dalam hal ehwal penghiasan. Pada masa yang sama, saya juga mengambil bahagian dalam protokol. Kami telah mula membuat persediaan untuk progam ini pada bulan Oktober.



Dalam bahagian penghiasan, ahli-ahli kumpulan telah mengumpulkan pelbagai maklumat tentang perayaan-perayaan yang akan disambutkan dalam musim "winter".Kami telah mencetak maklumat-maklumat tersebut dalam Bahasa Cina dan Bahasa Melayu dan seterusnya mempamerkannya di papan kenyataan. Hal demikian kerana kami ingin memberitahu dan berkongsi kebudayaan Tiong Hua kepada warga-warga ukm yang berbangsa lain supaya mereka lebih memahami budaya kami. Selain itu, kami juga bekerjasama dalam menjalankan tugas masing-masing. Pada hari sebelum program tersebut, kami telah menjalankan tugas kami sehingga pukul 4.00 pagi. Saya hanya dapat tidur sampai pukul 7.00 pagi dan terpaksa membangun untuk menghadiri kuliah Akaun pada pukul 8.00 pagi.

Tak cukup tidur TT

Dalam bahagian protokol pula, kami telah dilatih bagaimana menjadi seorang usher . Usher terdiri dari  8 orang ahli perempuan. Tugas seorang usher adalah mengantarkan tamu dari pintu masuk ke tempat duduk yang sesuai dengan kode tertera dalam rancangan yang sebelumnya. Majlis dimulai pada pukul 8 malam, para usher sudah standby jam 6 di Dataran Dinamis. Sebelumnya diberi pengarahan terlebih dahulu agar para usher mengerti lokasi Dataran Dinamis dan kode. Saya mendapatkan banyak pengalaman setelah ditugaskan sebagai usher, diantaranya adalah etika dalam bertugas.





Walaubagaimanapun,kami telah berdaya usaha dalam menjayakan program Malam Kebudayaan Tiong Hua !!!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Kelab Kebudayaan Tiong Hua KPZ atas kerjasama yang diberikan ^^

No comments:

Post a Comment