Wednesday, December 18, 2013

...Sesi Pembentangan...

11.12.13

Hari ini merupakan hari yang istimewa kerana ia mengandungi 11 12 13 dalam tarikh tersebut. Hari ini juga merupakan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Tetapi, perkara yang paling penting dalam hari ini ialah kita ada sesi pembentangan Power Point dan Microsoft Access.

Sesi ini diadakan bermula 8.00am sehingga 4.45pm. Hari sebelum sesi pembentangan, saya telah bertanggungjawab dalam malam kebudayaan Kelab Tiong Hua KPZ. Saya tidur 4 jam sahaja pada malam tersebut. Saya perlu bangun awal untuk menghadiri sesi pembentangan. Saya amat takut saya akan tertidur semasa sesi pembentangan T.T Nasib baik, saya telah minum Nestcafe =D haha=D Memandang tiada perkhidmatan bus Zon 2 dan Zon 3u, saya telah berjalan kaki dari Kolej Pendeta Zaba ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan supaya tidak lewat menghadiri sesi pembentangan. Saya hanya mengguna 20 minit sahaja untuk sampai ke FEP kerana saya berjalan melalui shortcut =D

Sesi pembentangan telah bermula tepat pada 9.00am. Sebelum itu, pelajar-pelajar mula memeriksa PC dan sebagainya supaya sesi pembentangan dapat dijalankan dengan lancar. Giliran setiap kumpulan juga ditetapkan.

Bagi sesi pembentangan Power Point, saya merupakan ahli kumpulan 6 dan tajuk kami ialah I-Folio. Kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama dalam sesi pembentangan ini. Saya berasa sedikit nervous semasa pembentangan saya dalam bahagian announcement dan roster. Ini telah menyebabkan saya asyik ulang perkataan yang sama dan telah mengambil masa yang lama. Saya amat bersyukur kerana ahli-ahli kumpulan saya telah memberi kerjasama dalam menyiapkan Power Point dan video kami dan akhirnya telah menyelesaikan pembentangan dengan baik. Sebelum ini, kami telah membahagikan tugas untuk membuat power point dan video. Dalam bahagian video, semua ahli kumpulan telah menghadiri semasa perakaman video. Video asal sepatutnya ada keempat-empat ahli kumpulan. Malangnya, video asal tersebut tidak boleh bertukar kepada format lain dan tidak boleh edit dengan menggunakan Window Movie Maker. Masa tinggal sedikit dan semua ahli tidak dapat berkumpul dalam masa yang singkat. Di sini, saya ingin meminta maaf. Oleh itu, Ume telah merakam video baru dengan bantuan Siti Mutiah. Akhirnya, video kami dapat dihasilkan dan dipaparkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ume, Muna, Zati dan Mutiah =)

Bagi sesi pembentangan Microsoft Access, saya merupakan ahli kumpulan G dan idea kami ialah membuat database tentang SSYM Institusi Kewangan Sdn Bhd. Kenapa institusi tersebut dinamakan SSYM? Hal ini kerana SSYM merupakan salah satu huruf daripada nama ahili-ahli kumpulan. S=Syindy, S=Shi yi, Y=Yong Chee, M=Huei Min. Sebenarnya, kami berasa relationship bagi Access kami telah salah selepas penerangan yang diberikan oleh Sir. Oleh itu, Query dan Laporan juga bermasalah. Kami akan membincang lagi untuk mengubahsuai database tersebut. Sebelum ini, kami telah membahagikan tugas untuk membuat tugasan ini. Saya dan Yong Chee bertanggungjawab dalam membuat Microsoft Access manakala Shi Yi dan Huei Min bertanggungjawab dalam membuat Power Point yang akan digunakan untuk membentangkan idea dan Access yang telah dibuat. Tetapi, kami nampak kumpulan lain tidak melakukan pembentangan mereka dengan menggunakan Power Point, oleh itu, kami juga hanya memaparkan Access sahaja dalam sesi pembentangan.Akhirnya, kami telah menyelesaikan pembentangan kami ^^ Ribuan terima kasih diucapkan lagi kepada Yong Chee, Huei Min dan Shi Yi =)

Keseluruhan, sesi pembentangan dijalankan dengan lancar. Kami dapat menyelesaikannya sebelum pukul 5 petang. Taniah diucapkan kepada semua yang terlibat.Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Azzwan atas komen-komen yang diberikan dan atas kesabaran dan prihatinnya yang diberikan kepada kami =)

YEAH! We Did It! WELL DONE!!


No comments:

Post a Comment